بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
1. Aku baru balik dari Majlis Pengebumian ibu Bonda Yan.
2. Ketika pulang tadi aku drive kereta. Bermula dari Resort Semuji. Ketika aku memandu. Sempat aku kerling Abi di kiri dan Mie di kerusi belakang. Nyenyak mereka tidur...hehe
3. Teringat masa kecil dahulu. Selalu jika balik dari berjalan. Aku pasti tertidur. Sedar-sedar sudah ada atas rumah. Rupanya Abi yang dukung naik atas. Bila aku lihat Abi dan Mie tadi. Aku teringat kenangan lama.
4. Mungkin sudah dua bulan. Sejak aku bekerja. Aku tolong bayar bil TNB, PAIP, TM, Indah Water. Guna online banking. Rasa puas. Sebab dapat berbakti buat Abi dan Mie. Mungkin sebab pengalaman baru. Walaupun sedikit je. Tapi manisnya tetap ada.
5. Sebelum ini hidup aku dihabiskan sebagai student sepenuh masa. Jadi biasa mengharap belanja Abi dan Mie. Kini dah bekerja. Seronok juga layan perasaan ini.
6. Semalam Mie nak pergi ke Pekan Sehari di Pekan. Aku sisip duit belanja RM100. Takpelah. Biarlah Mie nak beli apapun yang dia mahu.
7. Mie kelihatan ceria. Lepas aku sisipkan duit itu. Abi juga nampak redup sedikit. Tidak tertekan. Semenjak aku bayar bil-bil api. Justeru, walaupun nampak kecil. Tapi 'bersedekah' kepada keluarga ini amat berkesan. Guna merapatkan ukhwah. Menggembirakan hati dan menutup kejelekan kita di mata keluarga.
8. Teringat Kitab Sairus Salikin. Yang merupakan terjemahan kepada Kitab Lubab Ihya' Ulumiddin. Bersedekah kepada keluarga lebih awla daripada kepada yang lain.
9. Aku sangat berharap dapat membantu kawan-kawaku. juga saudara-saudaraku yang tengah kesusahan. Mudah-mudahan aku berjaya.