Ahad, 19 Jun 2016

Sembang kepada sembang: Pasca-PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar: Fakta vs Doktrin


بسم الله الرحمن الرحيم


الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Sembang kepada sembang: Pasca-PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar;
1. Bagi aku lah. Setiap kata-kata. Boleh jadi dua. Sama ada Fakta atau Doktrin. Jika fakta, ia berdasar realiti sebenar. Adapun Doktrin. Dia pakai cakap je. Benda dia cakap tu tak betul. Tapi dia yakinkan orang yang itulah realiti sebenar.

2. Otak kita akan cenderung kata 'Yes' kepada apapun yang orang kata. Apapun culaan orang. Asalkan nampak meyakinkan. Bila kita tak tahu hujung pangkal situasi.

3. Untuk menjadikan kita mampu mempertikai, mempersoal dan menidakkan hujjah orang. Kita perlukan jaringan maklumat yang bagus. Baru kita yakin dengan fahaman kita sendiri. Tidak jadi teragak-agak.

4. Tidak dapat membezakan antara Fakta dan Doktrin. Memang masalah besar. Jika anda peminat politik.

5. Jika ada bertanya. Bagaimana cara 'paling' mudah dan berkesan nak elak terpengaruh dengan Doktrin? Langkahnya mudah... elak dari mendengarnya dari awal.

6. Jika anda jelas dengan dasar dan utuh dengan fahaman anda. Anda sudah ada stage yang kuat untuk berpijak. Badai macam manapun. Anda tidak akan goyang. Pandangan anda sudah jelas.

Otak pun akan relaks...

Ops Sorry: Kita memang selalu berbeza pandangan....hukhuk