بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
“Tulah aku cakap. Zaman sekarang ni, teknik politik dah berbeza. Isu perkauman dah tak sesuai. Semua bangsa ada orang miskin dan orang kaya.” Hujah Hanif penuh semangat.
Suaranya dikuatkan. Kerana terpaksa melawan tujahan angin. Mujurlah
Syahmi jenis memahami. Syahmi membawa sekitar 30km per-jam sahaja. Untuk
berbual dan berbincang di atas motor, baginya kelajuan sebeginilah yang sesuai
. Kerana mudah untuk bertindak jika ada berlaku sesuatu di luar jangka atau
terpaksa mengelak lubang jalan.
Syahmi membelokkan motorsikal berjenama Haojiang Jingba itu
ke Jalan utama, Jalan Ahmed Alzomor, berdekatan Wisma Enbi. Jenama Haojiang ini
dibuat di Tanah Besar China. Jenama ini amat tekenal dalam kalangan pelajar
Malaysia di Mesir. Kerana harganya yang murah. Sekitar EP3200.00 atau RM
1600.00 untuk sebuah motor jenis Haojiang Jingba. Walaupun kualitinya mungkinlah
tidak setanding jenama-jenama di Malaysia. Namun berbaloilah, untuk sekadar
guna sepanjang pengajian, tiga ke empat tahun.
“Betul, aku tak nafikan itu. Semua bangsa ada yang susah. Namun, aku tetap rasa. Cara paling sesuai untuk Malaysia adalah politik berasaskan kaum. ..” Syahmi pula bersuara.
“Habis tu, kenapa kita perlu asingkan diantara bangsa-bangsa. Sedangkan masalahnya pada miskin dan kaya?” Hanif tidak berpuas hati dengan kata-kata Syahmi.
“Nanti dulu. Dia begini. Aku fokuskan bab kemiskinan ye.
Kita kena faham. Budaya setiap bangsa itu berbeza. Jadi,
orang yang paling faham masalah bangsa dia adalah dari bangsa dia sendiri. Jika
hanya wujud parti berbilang bangsa di Malaysia, maka pimpinan tidak akan dapat
fokus. Kita tak dapat nak tekan kerajaan untuk menyelesaikan masalah bangsa
kita. Sebab pemimpin melihatnya dari sudut semua bangsa sama.
Walhal hakikatnya tidak begitu. Cara melepaskan seorang
Melayu dan seorang Cina dari miskin sahaja sudah berbeza. Seorang mungkin
sesuai diberikan satu tempat di Ofis, namun satu lagi mungkin lebih sesuai
ditawarkan pinjaman. Begitu juga bagi Peribumi yang lain seperti Iban, Kadazan,
Penan dan hatta Melayu sekilpun.
Dan paling bahaya. Jika Parti Pelbagai kaum itu nanti
dikuasai oleh satu bangsa atau kelompok sahaja. Jika Kaum Peribumi tahan lagi,
tapi kalau kelompok imigran?
Kita mungkin boleh bentuk jawatankuasa khas basmi
kemiskinan. Namun aku yakin, ianya takkan sama dengan tekanan parti politik.
Kuasa desaknya lebih kuat.
Bayangkan kalau 27juta penduduk. Dengan pelbagai bangsa.
Maka sebab tu aku kata, kita perlukan politik berasaskan kaum sebagai wasilah
terbaik nak perbaiki sosioekonomi
Malaysia. Setiap kelompok boleh ada wakil.
Boleh sahaja, kelompok-kelompok ini bersepakat membentuk
Team A melawan Team B dalam pilihan raya. Asal identiti parti mereka tidak
lenyap.”
Hanif tiba-tiba menepuk Syahmi.
“Tapi, ko tahu kan? Hubungan antara kaum kita sangat renggang. Sehingga wujud istilah rasis.” Hanif cuba menduga.
“Nif. Serius… Aku tak suka istilah rasis. Aku rasa, seolah-olah istilah ini hanya wujud untuk tembak Orang Islam. Seperti istilah Terrorist. Aku lebih suka guna istilah assobiah.” Syahmi meluahkan rasa tidak senangnya.
“Bagi aku. Ini masalah teknikal sahaja, boleh di-ejas. Masalahnya bukan pada parti-parti berteraskan bangsa. Tapi pada sistem masyarakat. Terutama pendidikan..” Syahmi berfikir sebentar.
Sambungnya.
“ Apa salahnya, semua bangsa dapat disatu bumbungkan ketika di sekolah rendah. Wujudkan hanya ada sekolah kebangsaan. Bila petang, masing-masing boleh buat hal masing-masing. Baik pergi sekolah agama, kelas bahasa tamil atau kelas budaya cina. Yang penting, pagi mereka mesti main, duduk, belajar dan beraktiviti bersama. Baru mereka akan saling memahami. Jika sudah di sekolah menengah. Memang dah payah nak kumpul semua. Kena tunggu Universiti pulalah jika mahu bertemu semula.”
“………………………….” Mereka berdua berhenti berbual. Sebaik tiba di
Apartmen pelajar Malaysia.
Topik politik ini tidak ramai yang suka. Silap hari bulan,
ramai akan menjauh. Jika adapun, anger cara mereka melihat mungkin berbeza.